Friday, December 2, 2011

Serah padaNya.

Aku yakin, jika kau ikhlas kau sanggup hadapi semua.

Sejak dia muncul aku jadi tak perasan,
sejak dia hilang aku jadi tercari cari,
sejak dia datang kembali aku jadi senang,
sejak dia sembunyi aku jadi risau.

Bila dia muncul aku jadi terpaku,
bila dia bersuara aku jadi terpegun,
bila dia bersayang aku jadi kagum,
bila dia sentiasa ada aku jadi percaya.

Bila semua kacau bilau aku jadi takut.
Takut hilang dia.

*selamat hari tua, babu.

Thursday, December 1, 2011

Tangis sedu.

Dia sang cinta.
Sang cinta? Benar dia sang cinta?
Mungkin pada si perempuan sahaja, bukan pada si lelaki.
Tapi kau tetap sang cinta.

Setiap langkah si perempuan,
lemah longlai,
tunggang langgang,
terhuyung hayang.

Khilafkah aku Tuhan kerna aku cinta dia?
Salahkah aku Tuhan kerna terlalu manja?
Silaplah aku Tuhan kerna terlalu menjaga?
Khilafkah aku? Salahkah aku? Silapkah aku?

Thursday, November 17, 2011

"Kalau cinta itu suci, ianya akan menjadi milikmu" - Melur

Saturday, October 29, 2011

Kalian.

Aku tidak mengerti,
Tidak mengerti sama sekali.
Gimana fikiran kalian berfungsi,
Gimana fikiran kalian menilai.

Seperti apakah kalian semua?
Manusia,bukan?
Ya sudah tentu kalian manusia.
Mana mungkin haiwan.

Tapi,
Apa kalian itu bajingan?
Kalian sadis.
Kalian bangsat.

Ya,bangsat.
Kerna kalian tidak pernah kenal apa itu 'hargai'..

Tuesday, October 25, 2011

Benar butuh.

Saat ini,
Saat yang aku benar-benar butuh,
Butuh engkau yang dulu,
Saat pertama aku mengeluarkan suara bertutur denganmu.

Saat itu,
Saat yang aku tidak punya perasaan terhadapmu.

Tapi aku tidak berhak kembalikan waktu itu.
Hanya Maha Besar yang mampu tentukan.

Tolong,
Aku butuh situasi dulu.
Aku butuh gelak tawa dahulu.

Itu saja mahu aku, ya Allah.

Friday, October 14, 2011

Harus hargai (!)

Untuk pendekar-pendekar,
berjuang lah habis-habisan di esok hari,
bermati-matian darah menegakkan kebenaran,
kerna pasti ada peluang keduanya untuk kesempurnaan.

Aku si kememeh yang sentiasa melihat dari belakang.

Siksa sampai mampus.

Aku tahu,
walaupun tak terkejar langkah kau yg lari pecut kencang itu,
masih lagi aku ikut sembunyi-bunyian, 
hanya dengan berjalan perlahan.

Aku tahu,
kau tolak dan menidakkan kewujudan aku disitu,
masih lagi aku terpaku mencium bau rindu kau,
bermimpikan cerita bodoh yg tidak akan berlaku.

kuat betul dadah yg kau sumbat dalam badan aku.

Thursday, October 13, 2011

Yg pernah dulu.


Kelmarin kelmarin aku dikejutkan dengan perkara buruk,
dikira buruk bagi orang seperti aku, seakan-akan semangat aku setengahnya hilang.
Aku tidak pernah minta sama sekali mahu berada di bulatan perkara tersebut.
Malah, aku masih pernah ingat kali pertama aku melihat engkau. Satu perkataan yg aku bilang sama si hati 'oh tidak,tidak. aku tidak akan jatuh diatas tangan kau'. Tapi, aku binggung apakah malang atau syukur aku akhirnya jatuh juga ditangan engkau. Apa pun sekarang, aku harus matikan engkau. Seperti yg kau suruh, aku akan cuba. 

Aku menahan sejuta rasa, sampai jasad ku menggeletar tak terkawal.

Paling menarik :)

Saturday, October 8, 2011

Perempuan itu hilang akal.

Perempuan itu harus kuat.
Perempuan itu harus bangkit semula.
Perempuan itu tidak sepatutnya meranapkan dirinya.
Perempuan itu cuba kembali gagah.

Perempuan itu lemah tika lelaki itu meracuni fikirannya.
Perempuan itu bukan lah sengaja bersikap sebegitu rupa.
Perempuan itu lurus orangnya.
Parempuan itu hanya mengikut kekuatan hati.

Perempuan itu dungu.
Parempuan itu sudah mereng.
Perempuan itu tegar membatukan diri.
Kerna, perempuan itu jujur orangnya...


Perempuan itu tidak fikir panjang sebelum dia menjatuhkan dirinya kepada lelaki itu. 

Monday, October 3, 2011

Dusta.

Perempuan, 

Betapa dia kasih pada si lelakinya,
Cuba dia tidak memikirkan apa yang dirasanya,
Si perempuan tipukan akalnya,
Sehingga dipangkahkan benaknya. 

Betapa si perempuan cinta pada si lelakinya,
Sehingga tidak di toleh masih mendungukan dirinya,

Aku kenal si perempuan itu,
Dia menangis dalam jiwanya,
Aku kenal seluruh luar dalamnya,
Kerna, aku lah perempuan itu.

She's weak.

Kau tak pernah perlukan aku sebagaimana aku perlukan engkau.


Apa susah benar mahu buang engkau dari hidup ni. Harus apa lagi untuk jadikan engkau 'halimunan'?
Untuk apa engkau wujud pada hari-hari kelmarin tetapi pergi untuk hari-hari seterusnya?
Gembirakah engkau berkelakuan sebegitu rupa? Padahal tidak genap 1 abad pun aku mengenali luar dalam engkau tapi bulan-bulan membuat aku ranap dengan perlakuan engkau.


*when you still love the asshole who broke your heart.

Saturday, October 1, 2011

Kerja kuat,

OCTOBER ,
please be nice ya? Thank you :) Semoga ilham datang mencurah-curah.
Ini bulan untuk aku harus berkerja kuat, KUAT zeha (y)

Tuesday, September 20, 2011

Mati.

Mati itu hati, hati itu kecewa.
Kecewa itu rasa, rasa itu menyiksa.
Siksa itu batinku, batin itu derita.
Derita itu punah, punah itu dibunuh.

-Angin, Zulkifli Mohamad.

Monday, September 19, 2011

Angin


Penat letak simen dekat diri sendiri kasi kebal supaya takda siapa boleh tembus masuk dalam hati. Konon-kononnya kuat la simen tu kan. Tapi akhirnya simen tu dah pecah di buat orang. Hati sudah bisa terima, hati sudah terbuka dari mangga yang dikunci berjuta kali. Harap kau pandai jaga sebaik mungkin. Tolong lag jangan bagi pecah, boleh?

Friday, September 16, 2011

Lubang besar.

Aku memang lemah kalau benda macam ni terjadi dekat aku, yes aku lemah. Aku tk kuat.


Aku tak tahu samada khayalan aku atau memang realiti. Semakin hari, semakin banyak yang hilang.
Kenapa mereka pergi, kenapa mereka hilang, kenapa mereka semakin takda? Apa yg dikongsi selamani, hilang. Hilang macamtu je. Hey manusia manusia, aku manusia jugak. Masih punya hati. Apa aku ada buat salah? Semakin aku meningkat dewasa, semakin aku perasan. Aku taktahu samada semuaorang ikhlas berkawan atau sebaliknya. Aku memang semakin tak faham dengan semuani. Semakin lama semakin jatuh dalam, macam jatuh dalam lubang yang besar.

Hmm.

Saturday, September 10, 2011

that's hurt me


Saya nangis setiap malam kerna perempuan di dalam gambar tu sudah pun tinggalkan saya :(
Terima kasih Afrah walaupun sekejap, gembira punya awak dalam senarai hidup.
Ape yg best pun taktau, tp awak mmg best. ILOVEYOU Afrah (!)

Bikin pusing.

Sampai sudah masih tak pasti.
Apakah harus beri peluang kepada yg sudi 
atau mahu terus mengharap pada yg tak pasti.
Ah sudah la, semuanya bikin gila.
Hidup biar sentiasa dipenuhi senyuman, teman-teman kan ada :)

*btw, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.

Friday, August 26, 2011

Hi Orang Besar,


Tiada sebab lagi aku harus berfikir, tiada sebab lagi aku membatangkan diri,
tiada sebab lagi aku menunggulkan diri, tiada sebab lagi aku harus kisah,
tiada sebab lagi aku harus teresak-esak menangis, tiada sebab lagi untuk kau tahu.
Kerna segala yang tiada sebab tidak pernah kau peduli.

Kau membangsatkan hidup aku. 

Sunday, August 7, 2011


Semua ini BANGSAT

Thursday, August 4, 2011

Ini kesal namanya.


Harus apa lagi? Harus bagaimana lagi? Aku sendiri binggung seperti kebodohan dibuatnya.
Di sana kau bisa bergembira tanpa merasa apa aku rasakan, di sana kau bisa bersama dengan sesiapa tanpa kau fikirkan aku. Di sana juga kau tidak tahu apa sedang berlaku realitinya. Semoga kau nampak jalan bulan ini.

Tuhan memang sengaja menguji aku tanpa henti, tk mengapa. Aku terima kerna aku tahu penyudahnya nanti mungkin terbaik untuk aku. Dan penyudah untuk kau adalah kesedaran.

*ini bukan desperate tapi kau membunuh aku.

Sunday, July 24, 2011

Omongan kosong.


Bila masalah bertubi-tubi datang, aku tak mampu berbuat apa.
Aku hanya mampu menangis dalam tulisan. Tulisan aku tak sehebat tulisan anda, tapi aku menulis berdasarkan hati aku. Lihat? Omongan kosong kan ini.

*ini bermakna aku memang sedang pecah hati.

Saturday, July 23, 2011

#random



Baru aku sedar, betapa mudah untuk beri.
Baru aku sedar, betapa mudah untuk kau tidak menghargai.
Apa bangsat kah aku beri dengan mudah?
Apa bangsat kah engkau berfikiran aku rela?

Begitu mudah kau mendapatkannya.
Begitu susah untuk aku lupakannya.
Bisa aku miliki dia yang jilat tubuhku?
Bisa aku kuasai dirinya yang bersetubuh denganku bersama pakaian?

Ah! Aku tak anggap itu satu kepuasan untuk aku tanggani masalahku.
Bersusah payah aku memahalkan diriku, tetapi kau mendapatnya.

Aku sedang memalukan diriku.

Monday, July 18, 2011

Menusuk.



Apa kau ingat lagu ini? Lagu yang kau beri pada aku, saat kau sedih aku tinggalkan engkau.
Saat aku buang semua dengan mudah, saat aku pergi tanpa sesal kerna ketidaktahanan dengan segala perkara yang berlaku dulu kala. Maaf.

Sunday, July 17, 2011

Lu lopek lah.



Alahai, masalah masalah.

Susah kalau seseorang tu sentiasa fikir mereka sahaja betul.
Memang alasan dia tinggalkan kau tak munasabah, tapi sekadar nak jaga hati.
Setelah di fikir-fikirkan perlu ke dia terima orang yang sentiasa memaki hamun dia?
HELL-O, kalau sayang besar mana pun tapi setiap hari kau diperbodohkan dengan sifat baran si dia. Lu mahukah hidup dengan manusia sebegini?
Apa salah pun tak tahu, tiba tiba kena sembur. Sifat sabar memang kebal,
tapi kebal mana pun siapa tahu dekat dalam macam mana kan. Cukup lah pengalaman dulu yang dia rasa, takkan nak jadi dungu buat kali ke-duanya.

Ada manusia lain tahu kau perlaku aku seperti apa? Ada manusia lain tahu perasaan kau terhadap Bonda aku gimana? Mana mungkin aku bisa terima orang yang bencikan orang yang besarkan aku kerana aku di-halang untuk bersuka ria dengan pelbagai alasan setiap ibu lakukan terhadap anak perempuannya. Dari situ, aku sudah bisa nilai segalanya, dari situ aku sudah fikir sehingga jauh kehadapan. Buat pertama kali-nya gua jumpa orang macam lu. Kalau benar kisah, kalau betul sayanng. Nggak mungkin kau tidak mengerti. Bukan niat mahu burukkan kau atau ber-musuhan, just can't tahan with your perangai yang sentiasa berlagak bagus tu.

You pretend to be good but in fact, you're sucks.

Friday, July 15, 2011

Bisa jadi.


Aku bisa cinta tanpa paksaan, aku bisa cinta dengan rela.
Aku bisa ikhlas, aku bisa jujur secara rela. Tapi, aku perlu masa.
Aku sendiri tak mengerti apa mahu aku. Aku sedang mencari aku.

Thursday, July 14, 2011

Sepintas lalu.


Tanpa alasan kukuh, tanpa tanya dengan jujur, tanpa mahu tahu dengan beriya-iya. 
Engkau bersetuju pergi tinggalkan dia. Segala tentang dia, kau sudah bersedia buang dengan mudah. 
Pup, sekelip mata kau kembali gembira seperti sedia kala. 

Apa kau tk punya hati kah?
Apa kau memang berjiwa binatang?
Apa kau memang sebegitu rupa?
Takda siapa punya jawapan, kecuali Atas Sana..

Lalu, dia terus coba kuat hidupkan kehidupan dia. Tapi dia masih mushkil gimana kau bisa senang sebegitu mudah? Kau bisa dapat si baru dengan mudah. Mungkin kau desperate bak kata omputih. 
Sepintas lalu . . .

Monday, July 11, 2011

Fikiran melayang

Sungguh.
Banyak aku nak tulis.
Banyak aku nak luah.
Terlalu banyak, sehingga aku membuat keputusan untuk tak perlu tulis buat seketika.

Akan kembali...

aku, salah.


*alahai, menusuk kolbu lah*

Sunday, June 26, 2011

Zakaria Ahmad.

Rasa nak cerita pasal ayah.

Kadang-kadang kesian dekat ayah, ayah cari rezeki hari-hari.
Penat lelah, lari sana sini seorang diri. Pulang kerja tak menentu masa,
petang atau malam perkara biasa.
Ayah tubuhkan syarikat sendiri, biasa-biasa aja tp alhamdulillah rezeki sentiasa ada :)
Ayah memang cool, semuaorang bilang macamtu. Ayah suka senyum,
 senyum dengan gelak memang ayah.
Ayah tak pernah buat muka, ayah tak garang, ayah tak marah-marah, ayah tak pukul orang.
Ayah sentiasa diam kala senang mahupun susah. Ayah memang kuat, ayah paling best.

*angah sayang ayah 

Friday, June 24, 2011

=='

Masya-Allah, indah bukan?

"Barang siapa diuji lalu bersabar, 
diberi lalu bersyukur,
 dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar,
 maka bagi mereka keselamatan dan mereka
 tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah"
 [HR. Al-Baihaqi]


*okay, ai jumpa ayat power ni dekat blog Sis Lin & kata-kata di atas tu buat aku kuat :)

Sunday, June 19, 2011

Ayah

Kerana cinta ayah, saya menjadi saya.

Hari keramat kaum adam yang sudah bergelar bapa. Aku mampu copy kemudian paste sahaja lirik lagu Fynn Jamal ini.

Mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Halal.

aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

Itu kata-kata sering berlegar difikiran suatu ketika dulu. Sudah lah Nadziha, diam..

Sunday, June 12, 2011

#termampu


AKU BENCI SEMUA (!) 

"Antara kegagalan terbesar manusia adalah, apabila dia membuat sesuatu, dia cuba menjaga hati semua orang. Tidak ada manusia yang mampu menjaga hati semua orang. Malah, Nabi kita sendiri dimusuhi oleh orang kafir. Jadi, apabila membuat sesuatu, niatkanlah dalam hati kita bagi menjaga ‘hati’ Allah. Jadilah orang yang berjaya dengan menjaga ‘hati’ Allah."

Saturday, June 4, 2011

Harus apa lagi

Sampai kapan keadaan harus sebegini rupa? Aku sendiri binggung harus gimana lagi.
Maha Besar, boleh beri aku bimbingan supaya lebih utuh? Bukan tak cukup, tapi aku mahu lebih gagah untuk terus kehadapan. Aku minta maaf kerna berkelakuan kejam, mungkin ini takdir. Aku sendiri tak dapat bezakan sebenarnye tapi aku cuba jalani kehidupan seperti biasa. Aku tak tahu untuk tulis apa lagi. Tak mahu ada pihak lain bersuara. Aku mahu pergi, kumpul nafas lain.

Tuesday, May 24, 2011


Kalau berdasarkan gambar pun kau dah tahu apa aku nak cakap kan. Tengok gambar pun dah tahu huru hara-nya semua. Jangan bikin aku desak diri aku jadi paling kejam. Aku cuma perlukan ketenangan buat seketika. Semoga jumpa kau lagi, nanti.

Monday, May 23, 2011

Berkelakuan baik, boleh?


Tak pernah aku busukkan nama kau selama aku hidup dengan kau. Jangan jadi buta, buka mata besar-besar. Refresh balik otak kau yang mungkin dah karat tu. Jangan buat ribut, hargai sikit apa aku sedang buat. Sekurang-kurangnya aku tak cerita buruk kau. Kawan-kawan kau dah boleh jahanam, jangan mudah serang sesuka hati. Jangan berlagak, jika hakikat akal cetek. Aku tahan lagi semuanya, aku masih bisa sabar. Untung Maha Besar jadikan aku orang yang kuat sabarnya. Sehingga dengki dunia dah berkelakuan sebegini rupa pun aku masih bisa cool. Plastik pun takpa, asalkan orang tak tahu apa yang berlaku. Tambah pula, orang yang dulunya sentiasa ada dengan aku setiap pagi. Ketika zaman persekolahan dulu, tak sah kalau tak mengusik aku. Aku kecewa dengan kau, tegar kau berkelakuan seperti ini dengan aku. Tapi, tak apa. Aku terima. Aku nak buka buku baru. Aku tutup buku lama, sekarang ...

Wednesday, May 18, 2011

Bullshit.

Hi manusia-manusia semua. Semua yang jadi bukan salah aku okay? NOTE THAT
Kau dah boleh pergi menyapu. Bersihkan nama aku cepat. Mungkin ni dah tertulis dekat atas sana, nak buat macam mana. Sudahlah, aku taknak bahas soal ini. Mau tercabut kepala fikir.

*jangan bikin aku hilang sabar

Monday, May 16, 2011


You have to be someone 
-bob mar
ley



Wednesday, May 11, 2011


Lu bangsat, lu bikin gua teruk. Lu bikin dunia gua dihempap-hempap batu. Lu buat gua jadi macam atas tu. Lu buat gua songsang lah. Terima kasih untuk lu sebab lu memang tak hargai gua (!)

                                                                                                                                hati aku terlalu capek.

Sunday, May 8, 2011

Perut mak besar sebab saya ada dalam tu, hikhik

Hari istimewa buat awk, Bunda.
Sy nak curah segala kasih dan sayang saya hanya untuk Puan Noorazlinda Ismail sehingga nyawa sy putus.
Saya sudah berada di bumi yg nyata ini selama 17tahun, saya tak mahu ngomong panjang.
 Selamat Hari Ibu

Habok

Memang dah ditinggalkan lama, tapi masih bernyawa.
Maaf sayang, saya takkan tinggalkan awk lagi wahai belog ♥

Tuesday, April 12, 2011

Terus disalahkan.


Ni lah jadi Nadziha Zakaria. Dari mana datangnye salah silap pun tak tahu. Yes,mamang kau dengan aku jauh sejauh jauhnya sekarang. Salah aku ke? Lihat siapa yang sedia bahagia tanpa berkongsi, lihat siapa yang punya satu dunia sahaja sekarang. Tolong bulatkan mata. Aku letih, aku lemah, aku tak berdaya, aku sesak. Bahagia kah aku, sengsara kah aku. Usah kau ambil tahu. Asalkan kebahagiaan kau aku sentiasa doakan. Selamat bahagia, aku tak mahu ulas semuanya di sini. Terlalu rumit.

kata-kata kau : in this world, there is no best friend. Cuma ada good friend.

* setiap senyuman aku yang kau lihat itu hanya pura-pura, sungguh.




Sunday, April 10, 2011

kan dah patah.

Tak perlu kata apa-apa, jangan senyum.

Saturday, April 2, 2011

Aku minta tolong jangan tamat.

Aku tak minta dikasihani, aku tak pengaruh orang-orang sekeliling.
Aku tak jaja kisah buruk ini. Malah, aku sentiasa sanjung dengan selamber.

Terpulang, semua engkau yang genggam. Aku tak punya hak. Aku sedar.
Terserah kau mahu hina luar dalam aku, aku sabar.


Aku masih tak puas ratah hidup kita.

Tuesday, March 29, 2011

Alahai romeo,


Aku butuh kau, sentiasa okay. Yang akan datang kita taktau apa jadi. Yang sekarang saya mampu cuba yang terbaik. Maaf sayang, saya dah buat awak kecewa dengan kelakuan yang tak pernah saya lakukan sebelum ini. Mungkin aku alpa seketika, tapi itu tak bermakna kau jatuh menjunam dari kehidupan aku. Kau sentiasa ada,cerita tentang kau tak pernah basi aku jaja ke sana ke mari. Si pendegar semua mungkin dah lali, tapi si cerita tak capek mengulang. *ah aku tak peduli,kau orang sekeliling harus dgr apa yang aku sedang sanjung ini. Luaran sememangnya aku kasar, nampak macam aku bersahaja. Tapi kau kenal luar dalam aku,kan Sayang? Jadi tolong ingat itu. Aku tak punya sifat lemah lembut seperti mana perempuan lain pabila bersama si Arjuna. Aku kasar keseluruhannya,bisa di kira lemah lembut aku bila bersama kau. Aku bingung dengan apa yang aku cuba luah. Aku mahu kau datang dekat, lalu aku bisa berlembut dengan kau mulai sekarang jika kau masih butuh aku seperti mana aku butuh kau.

Yang penting, aku rindu nak peluk tubuh kau yang sasa tu :(


Apa-apa lah.


Apa lah awak ni, umur dah 20-an tapi tah apa apa tah. Dgn kita yang belasan ni pun awak nak iri hati.
Kalau tak suka, mari la depan-depan. Di laman sosial, bukan main hebat nauzubillah macam HOT habis lah awak. Tapi realitinya tett *kita taknak cakap. Awak jangan la nak perkecilkan orang. Awak pun biasa-biasa jela. Semuaorang kan tak sempurna. Takpayah la ingat apa awak buat semuaorang ikut sana sini. Bukan seorang je orang dalam BUMI ni macam awak. Berlambak lah kakak. Kita tak pernah ada niat nak cakap cakap pasal awak okay. Malah kita sentiasa puji kecantikan awak. Nah,whatever

Thursday, March 10, 2011

belum p u p u s

Terlalu banyak khazanah disimpan di sini. Perhatian! Tempat ini tak mati lagi. Bercuti seketika mencari pengalaman. Aku akan buat comeback,tunggu.

Sekian ==

Friday, February 18, 2011

Masih awak ♥

Hamizah Fatin :D


Okay,sumpah dah lama tak update blog ni. Pasti udah bersawang,
semenjak kerja ni kan, *ceh haha. Untung lah kerja dengan uncle kan.
Hamizah, awak patut bangga sebab uncle kita dah sponser birthday party awak ni.
Bukan senang kan, walaupun hanya di Pesona Aman. Siap ada orang busking lagi, awww ! :)
Ini diaa serba sedikit foto ;






tengok tu,kan untung tu siap ada live band ♥
ini dia , uncle sy :) haha

Wednesday, February 2, 2011

Untung.

Untung lah pandai masak ♥
Untung lah bakal jadi chef ♥
Untung lah dah gemok perut boroi ♥
Untung lah kita sayang awak ♥
Untung lah kita ada awak ♥
Untung lah awak sayang kita ♥
Untung lah awak sanggup buat apa apa untuk kita ♥
Untung lah awak nak bawa kia jalan jalan naik kereta ♥
Untung lah awak berubah ♥
Untung lah kita sama sama sayang ♥
Untung lah dah pandai faham kita ♥
Untung lah dah pandai merajuk ♥
Untung lah dapat green light ♥
Untung lah kita kejut pagi-pagi ♥

Tuesday, January 18, 2011

The same man.

miss everything we used to be

Apa aku boleh cakap sekarang, iloveyou Bodoh. Yang lain kau fikir sendiri. Apa aku buat sekarang semua untuk pastikan yang akan datang sempurna. Aku dah sedia.


Lumrah.


Masalah datang dan pergi. Bersilih ganti. Itu normal,adat hidup di dunia lah kan.
Satu datang,satu pergi. Yang lama hilang,yang baru ganti. Tak semua mudah,ini kenyataan. Aku dah lali dengan jatuh naik jatuh naik. Aku redha. Kau bisa buat apa kau mahu sekarang. Aku surender. Paling penting Yang Maha Esa tu selalu ada dengan aku sentiasa.

Girlfriend(s)


Ni tak dusta. Memang rindu gila nak mati. Nanti gaji kita joli sama-sama. Sabar.

Wednesday, January 5, 2011

Darah daging,

Seronok, puas hati bila dapat bersama. Hari-hari mcmni boleh tak bunda ibu mak? :) hikhik
                          
Cousin




 si gomok ;D




Buat tahun ini,


2011, awak jadi yang lebih baik dr sebelum ye?
ini Nadziha baru, dia nak jadi lebih dewasa. Fikirannya lebih matang.

Terima kasih, 2010.

Selamat tinggal 2010, pahit manis semua saya dh rasa.
Terima kasih untuk yg indah-indah. Terutama skali waktu di sekolah dulu *sampai mati tk lupa :(
& setahun bersama awak ♥♥. Yang pahit tawa semua saya dah buang jauh-jauh.