Wednesday, July 11, 2012

Bidadari


Dia perempuan aku, 
yang tak pernah ada rasa,
rasa hasrat dengki.

Aku tak mampu angkat kau sehingga awan,
tapi aku sentiasa lambung-lambung kasih kita setinggi awan,
Aku tak pernah campak kau ke dalam longkang,
malah aku sentiasa selamatkan engkau dari jatuh ke dalam longkang busuk.

Selama mana bernyawanya bumi,
kasih kita kongsi takkan pernah berhenti,
Sehingga datangnya kiamat, insyAllah.


Selamat Hari Lahir, Siti Naqiyah 

Wednesday, May 23, 2012

Datang menjilat tubuh

Ku pejam erat mataku
Ku tutup erat hatiku
Ku butakan erat akalku
Biar jadi tolol acah-acah supaya tak nampak semua.

Disebalik pejam, tutup, buta
Aku lupa akan ketentuanNya
Aku jadi bisu dan tadah kedatangannya
Mungkin ini ada hikmahnya.

Aku tak mampu tolak biarkan berlalu…

Apa ini inspirasiku?
Apa ini pelengkapku?
Apa ini pengantin lelakiku?
Ku senyum sinis, ku senyum lebar,
ku gelak kuat, ku teriak habis.

Bersama…
Ku panjatkan setiap doakan menjadi nyata
Ku tak berdaya mimpi indah
Ku percaya disetiap air mata ini
Kan ku pastikan kita berdua
Selamanya, insyAllah…

Thursday, May 10, 2012

PEREMPUAN DUNIA AKHIRAT

Pejam celik, pejam celik. 7 tahun berlalu sepantas kilat, baru aku perasan.

“Macam mana kau boleh buang 7 tahun ini sekelip mata sahaja?” bisik Jiha perlahan kepada otak turun ke hati.

Dua kepala, dua hati, dua pemilik badan menjanjikan sahabat selamanya, dunia akhirat seketika dahulu.

“Apa kau masih ingat lagi ya minat yang kita kongsi bersama sejak zaman sekolah dahulu?” bisik si Jiha lagi. Dia benar hancur lebur, kebingungan juga barangkali apabila Yuyul menyatakan yang minatnya dicuri aku.

Kadang-kadang terfikir juga, bukankah seorang sahabat berkongsi segalanya bersama? Ini benar bikin aku buntu kerna sejak dahulu sikap kau yang tak boleh bertolak ansur atau dalam erti kasar ; semuaorang tak boleh ada apa yang kau ada. Maaf jika aku bahas begini. Ini realiti, apa kau perasan tentang ini? Aku tidak mahu panjang lebarkan hal remeh ini kerna aku tidak ambil hati, mungkin.

Ya, aku dusta. Ngak mungkin hati aku tak seperti disiat dengan kelakuan kau. Aku tahu, aku mengerti, aku sedar, aku tak punya kesempatan mendalami ilmu penulisan ini. Tapi aku juga punya minat yang sama seperti kau. Minat yang kita kongsi dahulu, apa kau lupa?! Kenapa harus kau tendang-tendang aku? Lagi shok apabila kau perlakukan aku ini jijik daripada babi.

Mungkin penulisan aku tak sehebatmu, tapi aku ada hati kecil yang punya keinginan atau cita-cita sama sepertimu. Dalam hidup ini, kita boleh tentukan kemahuan kita. Tapi kita tak berhak cakap semena-mena. Mungkin Sang Pencipta turunkan minat yang sama kepada kau dan aku. Dengan minat yang kebetulan sama dengan kebolehan atau keistimewaan kita ini, seharusnya guna pakai sebaiknya. Sementara saling berkongsi kasih, kongsi jiwa, kongsi hati, kongsi hidup, kongsi suka, kongsi duka, tak salah kita ‘part-time’ kongsi keistimewaan ini. Tapi, ah! Si tolol seperti aku selalu salah, berangan beriya-iya dengan keadaan yang tidak akan menjadi kenyataan. 

Aku terima tomah caci makianmu, perempuan dunia akhirat ku. Kita sentiasa saling mencintai walau sering juga berkelahi. Semakin lama, aku buntu. Apa kita ini benar sahabat dunia akhirat? Kerna kita saling sama bentak. Lagi buntu seperti kebodohan mikirin kelahi itu yang kecil-kecil dibesarkan atau emangnya besar-besar semakin besar.

Segala baik dan burukmu, Alhamdulillah aku terima seadanya. Apa kau tak nampak sayang? Aku korbankan tidurku buat menemanimu saat kau perlukan ku. Ku korbankan penat lelah buat menenangkan jiwamu yang keruan. Aku tidak bahas jika termakan hati. Mungkin ada ku bentakkan, tetapi jarang. Selebihnya aku cuba susun rapi simpan dalam laci. Apa kau lakukan benda yang sama? Apa yang ada dibenak fikiranmu tentang aku? Jawab aku, perempuanku!

Aku ngak pernah buang kasih yang aku campakkan. Mungkin aku tak punya kasih setinggi puncak untuk kita kongsi kegembiraan tapi kau harus beliakkan matamu, lihatlah, aku ada hati kecil yang insyAllah kekal sayang engkau dunia dan akhirat! Ini bukan omongan-omongan kosong, setiap perkataan yang aku ludahkan adalah jujur  dari hati kecil ini. Aku bisa bersumpah atas namaNya, dengan hati kecil ku ini penuh dengan rasa kasih dan sayang untuk engkau perempuan! Kau ku anggap seperti tulang belakangku, darah dagingku, kau juga tempat aku kemis kasih. Aku benar-benar sedang remuk kuat, patah sangat, ranap teramat.

Hari ganti hari, masa putar-putar, aku cuba terima hidup tanpa tulang belakang, bernafas dengan angin kosong, badan tak berdaging. Keadaan ini sesakkan hidupku seperti jatuh tak berdaya bangkit kembali. Sedarnya aku dari alam mimpi, ku ketuk-ketuk dahi, ku hentak-hentak kepala, ku campak-campak badan. Ini reality, hidup tanpa perempuan yang menjanjikan sahabat dunia akhirat.

Ku bukakan hati, ku kuatkan jiwa, ku lapangkan minda, aku terima “good bye forever”  yang kau ludahkan dari bibir tipismu yang manis. Halalkan makan dan minumku, ikhlaskan kasih yang dikongsi dahulu. Maafkan perempuan kecil ini, yang mungkin tak layak berpaut denganmu selamanya. Terima kasih untuk masa lalu kita, yang manis mahupun pahit.

Nota kaki ; Penulisan ku tak sebagus kepunyaanmu, tapi arti setiap perkataan bermakna buatku.