Sunday, June 26, 2011

Zakaria Ahmad.

Rasa nak cerita pasal ayah.

Kadang-kadang kesian dekat ayah, ayah cari rezeki hari-hari.
Penat lelah, lari sana sini seorang diri. Pulang kerja tak menentu masa,
petang atau malam perkara biasa.
Ayah tubuhkan syarikat sendiri, biasa-biasa aja tp alhamdulillah rezeki sentiasa ada :)
Ayah memang cool, semuaorang bilang macamtu. Ayah suka senyum,
 senyum dengan gelak memang ayah.
Ayah tak pernah buat muka, ayah tak garang, ayah tak marah-marah, ayah tak pukul orang.
Ayah sentiasa diam kala senang mahupun susah. Ayah memang kuat, ayah paling best.

*angah sayang ayah 

Friday, June 24, 2011

=='

Masya-Allah, indah bukan?

"Barang siapa diuji lalu bersabar, 
diberi lalu bersyukur,
 dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar,
 maka bagi mereka keselamatan dan mereka
 tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah"
 [HR. Al-Baihaqi]


*okay, ai jumpa ayat power ni dekat blog Sis Lin & kata-kata di atas tu buat aku kuat :)

Sunday, June 19, 2011

Ayah

Kerana cinta ayah, saya menjadi saya.

Hari keramat kaum adam yang sudah bergelar bapa. Aku mampu copy kemudian paste sahaja lirik lagu Fynn Jamal ini.

Mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Halal.

aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

Itu kata-kata sering berlegar difikiran suatu ketika dulu. Sudah lah Nadziha, diam..

Sunday, June 12, 2011

#termampu


AKU BENCI SEMUA (!) 

"Antara kegagalan terbesar manusia adalah, apabila dia membuat sesuatu, dia cuba menjaga hati semua orang. Tidak ada manusia yang mampu menjaga hati semua orang. Malah, Nabi kita sendiri dimusuhi oleh orang kafir. Jadi, apabila membuat sesuatu, niatkanlah dalam hati kita bagi menjaga ‘hati’ Allah. Jadilah orang yang berjaya dengan menjaga ‘hati’ Allah."

Saturday, June 4, 2011

Harus apa lagi

Sampai kapan keadaan harus sebegini rupa? Aku sendiri binggung harus gimana lagi.
Maha Besar, boleh beri aku bimbingan supaya lebih utuh? Bukan tak cukup, tapi aku mahu lebih gagah untuk terus kehadapan. Aku minta maaf kerna berkelakuan kejam, mungkin ini takdir. Aku sendiri tak dapat bezakan sebenarnye tapi aku cuba jalani kehidupan seperti biasa. Aku tak tahu untuk tulis apa lagi. Tak mahu ada pihak lain bersuara. Aku mahu pergi, kumpul nafas lain.